Sebelum ini, semua sudah sedia maklum yang mana Twitter sedang menguji fungsi topik terhangat mengikut lokasi, dan kini, lebih ramai pengguna yang diperkenalkan dengan fungsi tersebut, dan mungkin akan diperkenalkan kepada semua dalam masa terdekat kelak.
Fungsi Baru Pada Twitter
Buat masa ini, lokasi yang disokong oleh Twitter adalah amat sedikit, dan ianya dikatakan yang mana lokasi baru akan ditambah dari masa ke semasa. Untuk mendapatkan data mengikut lokasi ini, Twitter menggunakan alamat IP pengguna, tetapan lokasi pengguna pada Twitter serta juga fungsi GeoLokasi yang mana kian meningkat popularitinya pada masa kini.
Pilihan Lokasi Untuk Topik Terhangat Twitter
Walaubagaimanapun, tahap penggunaan fungsi geolokasi masih pada kadar yang amat sedikit, dan ianya dijangka akan menjadi kian popular memandangkan beberapa laman web terkemuka sudah pun mula mengintegrasikan fungsi tersebut pada laman mereka. Malah, dengan pengintegrasian fungsi baru ini, ianya sekaligus memudahkan para pengguna untuk mengikuti perkembangan semasa di tempat tinggal mereka dengan lebih mudah.