Cari @ Amanz

Google Reader telah sekian lama digunakan oleh para pembaca untuk mengikuti RSS sebuah laman blog dan web itu dengan mudah. Menariknya, kini mereka memperkenalkan fungsi baru, yang mana anda boleh melanggan sesuatu laman web itu dengan mudah walaupun tiada RSS dan Atom padanya.


Fungsi Baru Pada Google Reader

Buat masa ini, kebanyakkan laman web sudah pun sedia didatangkan dengan sokongan feed melalui RSS dan Atom. Namun begitu, terdapat beberapa laman web yang masih tiada sokongan terhadapnya, dan melalui Google Reader, kini anda turut boleh mengikuti perkembangan laman web tersebut dengan mudah.

Untuk mengikuti laman web yang tiada feed, cara penambahan URL pada Google Reader adalah masih sama seperti biasa, tetapi, ianya masih tidak dapat dipastikan berapa lama ianya akan mengambil masa untuk mengemaskini perubahan terhadap laman web tanpa feed dan memperlihatkannya pada Google Reader. Namun begitu, ianya merupakan salah satu fungsi menarik, dan amat bermanfaat untuk para pengguna Google Reader.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd