Cari @ Amanz

Yahoo! walaupun dilihat mengalami penurunan populariti akhir-akhir ini, kini, mereka muncul dengan beberapa perancangan baru sempena dengan tahun 2010, yang mana sebelum ini diketahui Yahoo! ingin menjadi laman sosial terbesar dengan mengintegrasikan Facebook dan juga fungsi Friendster pada laman mereka.

Melalui akaun Twitter mereka, Yahoo! mengemaskini sebanyak 5 status terkini mereka dengan keutamaan mereka untuk tahun 2010 ini. Ianya dimulakan dengan pelaburan dan pembelian syarikat yang berkaitan dalam menjadikan Yahoo! lebih kukuh di pasaran. Sebelum ini, Yahoo! sendiri menutup beberapa servis mereka disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat di elakkan, namun begitu, teknologi daripada produk yang dibeli mereka, diintegrasikan pada laman mereka sekaligus tidak mendatangkan kerugian kepada pihak mereka.

Selain daripada itu, Yahoo! juga ingin mengutamakan pengalaman pengguna, disamping pada masa yang sama ingin menyertakan lebih banyak kandungan berbentuk sosial, dan kandungan yang lebih kepada tempatan, dan fungsi video dan telefon bimbit yang dipelbagaikan. Pada masa yang sama, Yahoo! juga ingin mengutamakan servis pengiklanan mereka, menguntungkan pihak mereka serta juga para pengiklan yang menggunakan servis pengiklanan mereka.

Pada tahun 2010 juga, Yahoo! ingin memperluaskan perniagaan enjin carian mereka, dengan memfokuskan pada pendapatan daripadanya dan beberapa perkara berkaitan. Tahun ini juga, kita akan dapat melihat keputusan berkaitan dengan kerjasama Yahoo! dan juga Microsoft, yang mana bakal menjadi antara berita popular pada tahun ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd