Mimos Memperkenalkan Tablet iDola V2

Mimos Memperkenalkan Tablet iDola V2

Diterbitkan pada Jan 27, 2010 oleh .

Setelah sekian lama Mimos senyapkan diri, kini mereka memperkenalkan Komputer Rakyat 1Malaysia, atau yang mana dikenali sebagai iDola V2, salah satu PC tablet yang berasal daripada MakCik PC, dan didatangkan dengan perisian Jemapoh, yang boleh digunakan pada komputer meja, notebook dan juga telefon bimbit.


Mimos iDola V2

iDola V2 ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membolehkan Malaysia mencapai lebih 50% penembusan jalur lebar, selain mewujudkan jalur lebar sebagai sebuah utiliti. Buat masa ini, harga bagi iDola V2 ini masih belum ditetapkan lagi, namun, sekiranya tempahan awal melebihi 1,000 buat, harganya mungkin akan menjadi serendah RM900 sebuah.

iDola V2 ini didatangkan dengan kebolehan penuh sebuah PC termasuk RAM sebesar 1GB yang boleh dikemaskini sehingga 2GB, sokongan WLAN dan Bluetooth, serta didatangkan dengan teknologi IPv6.


TIPS & ULASAN