Cari @ Amanz

Menjelang beberapa jam sebelum Apple memperkenalkan sesuatu yang baru pada acara mereka, yang mana bakal berlangsung pada pukul 2.00 pagi waktu tempatan, kini, munculnya beberapa gambar yang diperkatakan sebagai prototaip PC tablet dari Apple yang diperkatakan selama ini.

Walaubagaimanapun, ianya masih tidak dapat disahkan, tetapi, ianya seperti menepati beberapa ciri-ciri tablet Apple yang diperkatakan sebelum ini, seperti menggunakan sistem operasi hibrid iPhone OS, dan skrin seluas antara 9-inch hingga 10-inch. Namun, untuk memastikannya, sama-sama kita perlu menunggu sehingga Apple membuat pengumuman rasmi pada pagi nanti.

Beberapa info tambahan yang didapati adalah seperti, harganya dikatakan pada harga lebih kurang $1000, selain namanya yang masih lagi belum dipastikan, dan masih dipanggil sebagai “K48” dikalangan pekerja Apple. Pagi nanti juga, Apple dijangka akan memperkenalkan sistem operasi iPhone yang serba baru, selain aplikasi iLife 2010. Sama-sama kita nantikannya.


Prototaip Tablet Apple? [via]


Prototaip Tablet Apple? [via]

Via : Engadget

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd