Apple Memperkenalkan Tablet Mereka – iPad

Apple Memperkenalkan Tablet Mereka – iPad

Diterbitkan pada Jan 28, 2010 oleh .

Setelah pelbagai ura-ura kedengaran, akhirnya hari ini, Apple telah pun memperkenalkan secara rasminya tablet daripada mereka yang mana dikenali dengan nama iPad dan membawakan skrin seluas 9.7-inch dengan fungsi skrin sentuh, serta seberat 1.5 pounds.


Apple iPad Di Perlihatkan

Sepertimana yang kedengaran sebelum ini, iPad boleh dikatakan sebagai iPhone versi besar. iPad turut sama menggunakan sistem operasi serupa dengan iPhone, iaitu dinamakan sebagai iOS. Steve Jobs mengatakan iPad ini adalah peranti yang lebih mudah digunakan ketika anda diluar, berbanding dengan komputer riba atau telefon pintar – terutamanya ketika anda membuat tugasan kerja.


Papan Kunci Pada Skrin iPad [via]

iPad menggunakan cip 1GHz Apple A4, serta di datangkan dengan ruangan storan pilihan antara 16GB sehingga 64Gb. Tablet daripada Apple ini turut menyertakan sokongan WiFi dan juga Bluetooth, selain dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz 9.7-inci. iPad juga mampu bertahan sehingga 10 jam dengan menggunakan tenaga bateri sahaja. Pelbagai aplikasi juga sudah pun dibangunkan untuk Apple iPad ini, dan ianya didatangkan dengan beberapa aplikasi asas seperti Safari, iPod, Maps, YouTube, iTunes Store, App Store dan banyak lagi.


TIPS & ULASAN