Windows 8 Pada Tahun Hadapan?

Windows 8 Pada Tahun Hadapan?

Diterbitkan pada Jan 28, 2010 oleh .

Selain daripada Windows 7 SP1, Microsoft juga pada masa yang sama sedang dalam usaha membangunkan sistem operasi baru yang mana dipanggil sebagai Windows 8. Melalui beberapa data yang terdapat pada internet kini, ianya diperkatakan yang mana Windows 8 bakal muncul seawal pertengahan tahun 2011.


Roadmap Windows 8? [via]

Melalui sebuah dokumen pembangunan yang tersebar di internet, ianya memperlihatkan yang mana Microsoft merancang untuk melepaskan Windows 8 RTM pada Jumaat, 1 Julai 2011. Windows 8 juga dijangka akan disokong sehingga tahun 2016. Selain sistem operasi untuk komputer persendirian, Microsoft juga dijangka akan melepaskan Windows Server 2012 seawal 2 Julai 2012, iaitu lebih kurang setahun selepas Windows 8 dilepaskan.

Walaubagaimanapun, kesahihan dokumen tersebut masih dipersoalkan, dan Microsoft masih tidak memberi sebarang komen ke atas dokumen tersebut sehingga kini. Namun begitu, kita masih sudah dapat ketahui yang mana Microsoft sudah pun mula membangunkan Windows 8 walaupun informasi berkaitan dengannya masih samar-samar buat masa ini.


TIPS & ULASAN