Cari @ Amanz

Ianya masih kurang 2 tahun lagi sejak Google Chrome diperkenalkan, namun begitu, kini, versi pembangunannya sudah pun mencapai versi 5.0 untuk para pengguna Windows dan Mac. Sekiranya anda melanggan kepada saluran pembangun, versi pelayar web Chrome yang terkini adalah 5.0.307.1.


Chrome 5.0 Pada Windows

Melalui versi terkini ini, Chrome menggunakan folder Download yang sememangnya terdapat pada Vista dan Windows 7 tanpa menggunakan folder lain seperti sebelumnya. Selain itu, kini, tetingkap Content Settings juga diperkenalkan memudahkan pengurusan Cookies, Plugins, Scripts dan sebagainya. Untuk pengguna Mac OS X pula, kestabilan plugin dipertingkatkan, dan menyelesaikan beberapa masalah berkaitan task manager.

Pembangunan Chrome berlaku dengan amat pantas sekali, sedangkan Mozilla baru dalam perancangan untuk memperkenalkan Firefox 4.0 pada tahun ini. Opera pula sedang giat membangunkan Opera 10.5, dan Microsoft dijangka akan memperlihatkan Internet Explorer 9 tidak lama lagi. Bagi para pengguna Chrome yang ingin mencuba Chrome 5.0 ini, anda hanya perlu melanggan kepada saluran pembangun dengan mudah, dan menguji pelayar web Chrome 5.0 ini dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd