Gangguan Perkhidmatan TM Akibat Kerosakan Kabel

Gangguan Perkhidmatan TM Akibat Kerosakan Kabel

Diterbitkan pada Jan 31, 2010 oleh .

Perkhidmatan internet oleh TM hari ini, 31 Januari 2010 mengalami sedikit gangguan teknikal akibat kerosakan sirkit kabel dasar laut yang mana menghubungkan Malaysia dengan Amerika Syarikat, yang mana terletak di Lantau, China, menyebabkan sambungan internet menjadi perlahan.

Walaubagaimanapun, para pengguna hanya akan mengalami masalah sekiranya anda melayari laman web yang dihoskan di Hong Kong ataupun Amerika Syarikat sahaja. Namun begitu, TM telah mengambil langkah awal dengan mengalihkan kepada sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan dan masalah pelayaran laman web.

Buat masa ini, dikatakan kerja membaik-pulih sudah pun dilakukan, namun sekiranya para pengguna memerlukan maklumat tambahan berkaitan dengannya, boleh menghubungi TM secara terus melalui talian 100.


TIPS & ULASAN