HSBB – Ke Arah Gaya Hidup Digital

HSBB – Ke Arah Gaya Hidup Digital

Diterbitkan pada Jan 31, 2010 oleh .

Kini, TM sudah pun menyediakan halaman rasmi HSBB pada laman web mereka, membolehkan para pengguna merujuk ke sana dan mendapatkan lebih banyak informasi berkaitan dengan HSBB yang sedang diuji buat masa ini di beberapa lokasi di sekitar Lembah Kelang.

Melalui HSBB kelak, ianya bakal membawakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang mana didatangkan pada kada kelajuan melebihi 10Mbps. Ianya kini sedang melalui fasa pembangunan di sekitar Lembah Kelang, Iskandar Malaysia dan beberapa lokasi utama di seluruh negara, dan dijangka akan meliputi lebih 1.3 juta premis menjelang hujung tahun 2012.

Kini, segalanya adalah internet, dan dengan HSBB, ianya bakal membawakan cara hidup yang serba baru, selain membolehkan informasi dicapai dengan kadar yang lebih pantas lagi. Melalui HSBB juga, sebanyak tiga perkhidmatan akan disertakan bersama, iaitu:

  • Internet Berkelajuan Tinggi
  • IPTV
  • Servis Suara


IPTV melalui HSBB

Mungkin ramai sudah ketahui akan servis suara melalui internet dan juga internet berkelajuan tinggi. Servis baru yang diperkenalkan bersama HSBB ini adalah IPTV, yang mana membolehkan anda mengakses saluran kegemaran, dan melanggan servis dan beberapa video lain dan menontonnya secara terus pada kaca televisyen anda. Tetapi, berbeza dengan Astro, ianya menggunakan internet jalur lebar sepenuhnya.

Buat masa ini, perancangan pengenalan servis HSBB telah pun sedia ada, dan ianya akan diperkenalkan di sekitar Lembah Kelang secara berperingkat. Paling awal, ianya akan diperkenalkan kepada para pengguna sebelum bulan Mac 2010 ini. Anda boleh melihat perancangan HSBB di kawasan anda di laman rasmi HSBB di TM.


TIPS & ULASAN