Kerajaan Bantu IKS Melalui e-Bay

Kerajaan Bantu IKS Melalui e-Bay

Diterbitkan pada Feb 1, 2010 oleh .

Kerajaan Malaysia pada hari ini bekerjasama dengan syarikat e-dagang E-Bay dan transaksi pembayaran Paypal untuk membantu peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) mencari pasaran yang lebih luas terutama melalui e-dagang.

Perjanjian MoU dengan E-Bay

Perjanjian kerjasama tersebut ditandatangani oleh E-Bay, dan Kerajaan Malaysia melalui SME Corp iaitu sebuah syarikat yang mengawal dan menyelia IKS di Malaysia.

Melalui perjanjian tersebut, E-Bay bakal membantu peniaga IKS di Malaysia dalam mencari peluang perniagaan secara maya, kursus perniagaan serta seminar pengurusan e-dagang. Selain itu, syarikat IKS akan diberikan bantuan dan sokongan penuh serta pemotongan harga bagi setiap barang yang dijual di E-Bay.

Pemotongan harga tersebut termasuk akses percuma kepada 100 barang pertama untuk penyenaraian di E-Bay dan 25% diskaun terhadap 100 transaksi pembayaran pertama melalui PayPal. Kerajaan Malaysia amat berharap bahawa kerjasama dengan E-Bay bakal membuka peluang perniagaan Internet dengan lebih luas lagi di Malaysia.


TIPS & ULASAN