Chrome OS Bakal Menyokong PC Tablet?

Chrome OS Bakal Menyokong PC Tablet?

Diterbitkan pada Feb 2, 2010 oleh .

Setelah pelancaran Apple iPad tempoh hari, kini ianya dikatakan yang mana Google Chrome OS bakal membawakan sokongan untuk skrin sentuh, selain beberapa ura-ura mengatakan yang Google bakal memperkenalkan PC Tablet, walaupun sebelum ini Google sendiri telah mengatakan yang mana Chrome OS dibangunkan untuk netbook.

Google sebelum ini telah pun mengatakan yang mana Chrome OS bakal dibina untuk netbook, dan ini sekaligus meletakkan yang mana fungsi skrin sentuh adalah tidak diperlukan (buat masa ini). Selain daripada itu, Google sudah pun sedia mempunyai Android yang mana mempunyai fungsi skrin sentuh dan bersaing secara sihat bersama iPhone. Malah, beberapa pihak turut mengatakan yang mana, Android mungkin akan lebih sesuai sekiranya pesaing Apple ingin memperkenalkan tablet.

Walaubagaimanapun, Chrome OS juga turut sama akan dibangunkan untuk pelbagai gajet, termasuk untuk Tablet, Netbook, Laptop, Desktop dan juga untuk sebagainya.


Chrome OS Pada Pelbagai Gajet


TIPS & ULASAN