Cari @ Amanz

Seperti yang dikatakan semalam, kini beberapa rekabentuk konsep awal untuk tablet yang menggunakan Google Chrome OS mula kelihatan pada halaman rasmi laman Chromium, selain video yang memperlihatkan konsep antaramuka tablet Google yang kelihatan amat menarik sekali.


Konsep Awal ChromeOS Pada Tablet

Melalui tablet yang menggunakan Chrome OS ini kelak, beberapa perkara yang mungkin diberikan perhatian adalah seperti interaksi papan kekunci melalui skrin, kebolehan Zoom untuk lebih daripada satu tab, tab diperlihatkan pada skrin, dan bakal menggunakan fungsi sentuhan sepenuhnya.

Melalui penerangan ringkas, ianya diperkatakan yang mana tablet yang bakal menggunakan Chrome OS itu akan bersaiz antara 5″ hingga 10″, dan ikon akan diperlihatkan diatas tab, memberikan lebih ruangan untuk para pengguna pada tablet. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi pada peringkat awal, dan hanya satu konsep sahaja yang diperkenalkan buat masa ini, selain sedia diketahui yang mana Google sedang menguji Chrome OS pada pelbagai gajet.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd