Cari @ Amanz

Hari ini, secara rasminya, WordPress membawakan aplikasi blog mereka ke platform Android, membolehkan para pengguna Android menguruskan blog WordPress mereka dengan mudah dan serta merta secara terus daripada telefon bimbit pintar mereka dengan mudah dan senang.

https://videopress.com/v/wp-content/plugins/video/flvplayer.swf?ver=1.15

Antara fungsi yang didatangkan melalui aplikasi WordPress untuk Android adalah:

  • Menguruskan lebih daripada satu blog dengan mudah.
  • Menguruskan komen dengan kebolehan untuk membalas komen dengan mudah.
  • Menulis artikel, termasuk kategori, tag dan juga memasukkan gambar dan imej.
  • Membuat dan menguruskan halaman tambahan.
  • Mendapatkan notifikasi apabila komen baru dihantar.

Para pengguna Android, boleh mendapatkan aplikasi percuma ini secara terus daripada halaman muat-turun rasmi mereka, dan sekiranya terdapat sebarang soalan dan sebagainya, anda boleh bertanyakan mengenainya di forum khas untuk WordPress pada Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd