Cari @ Amanz

P1 Wimax, penyedia perkhidmatan Internet berasaskan Wimax di Malaysia mula memberikan akses kepada sistem perkhidmatan suara berasaskan IP (VOIP) kepada semua pelanggan mereka.
Perkhidmatan suara yang terdiri dari 4 pakej berasingan tersebut membolehkan semua pelanggan mereka menggunakan jalur lebar P1 Wimax untuk berhubung dengan telefon. Pakej tersebut turut disertakan dengan nombor talian tetap P1. Pelanggan perkhidmatan P1 Wimax yang berminat boleh melanggan perkhidmatan ini melalui ruangan Self-Care P1 dan memastikan mereka menggunakan modem P1 DV-230 yang dilengkapi dengan port RJ-11 dan sekiranya mereka bukan pelanggan sedia ada P1 boleh melanggan melalui laman web P1.

voice-plan

Sistem perkhidmatan suara P1 Wimax juga boleh digunakan untuk melaksanakan panggilan IDD mengikut kadar yang berbeza bagi setiap negara.

IDD-Chart

Maklumat lanjut mengenai P1 Voice boleh diketahui dengan menghubungi P1 di talian 1300-800-888 atau melayari laman web P1 Voice

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd