Carian
Yahoo! HotJobs Kini Menjadi Milik Monster
February 4, 2010 Aman

Monster kini kian meningkat namanya di Malaysia, dimana laman Monster menyediakan perkhidmatan pencarian pekerjaan secara dalam talian dengan mudah. Menariknya, kini Monster telah pun membeli HotJobs daripada Yahoo! pada harga USD$225 juta, selain bakal bekerjasama selama 3 tahun dalam bentuk trafik.

Melalui pembelian ini, Monster bakal mendapat akses penuh ke atas Yahoo! HotJobs, selain membolehkan Monster menjadi aplikasi rasmi yang berkaitan dengan pencarian pekerjaan pada Yahoo!. Sebagai ganti kepada trafik, Monster bakal membuat pembayaran kepada Yahoo! berdasarkan klik dan penggunaan laman mereka.

Sebelum ini, Yahoo! telah menutup beberapa laman web milik mereka, serta menjual beberapa harta internet mereka kepada pihak yang lain, sekaligus mengurangkan kos operasi mereka. Yahoo! juga telah memperlihatkan keutamaan mereka pada tahun 2010, dimana mereka ingin menyertakan lebih banyak kandungan berbentuk sosial dan kandungan yang lebih bersifat tempatan.

Komen