Cari @ Amanz

Setelah dinanti sekian lama, kini Facebook sudah pun mula memperkenalkan antaramuka laman mereka yang baru kepada para pengguna. Ianya kini diperkenalkan secara berperingkat, dan seramai lebih 80 juta pengguna sudah pun mula menggunakan antaramuka yang baru ini.

Halaman Profail Pada Facebook
Halaman Profail Pada Facebook

Pembangunan antaramuka ini telah pun dilakukan sejak bulan Oktober yang lalu, dan kini daripada seramai 400 juta pengguna Facebook, seramai 80 juta orang sudah pun dapat menggunakan dan merasai antaramuka Facebook yang serba baru ini. Ianya akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dari masa ke semasa.

Melalui antaramuka yang baru ini, pautan notifikasi diletakkan dibahagian atas, selain kotak carian yang kini diletakkan di tempat yang lebih strategik, mengalakkan para pengguna menggunakan fungsi carian Facebook.

Selain daripada itu, fungsi memuat-naik gambar dan imej juga telah diperbaiki berbanding yang sebelumnya, menjanjikan prestasi yang lebih baik. Fungsi sembang masih dikekalkan lokasinya seperti sedia ada.

Pada masa yang sama, pemilik Facebook, Mark Zuckerberg turut menjanjikan yang mana syarikatnya akan memperkenalkan sesuatu yang baru setiap bulan mulai bulan depan, membolehkan para pengguna akan kekal pada laman sosial tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd