Carian
Pemilik Nuffnang Melancarkan Nom Nom Media
February 6, 2010 Aman

Timothy Tiah dan juga Cheo Ming, iaitu pemilik Nuffnang telah pun melancarkan Nom Nom Media, yang mana merupakan pusat sehenti untuk segala perkara dan aspek yang mana berkaitan dengan pemasaran digital, selain menyediakan konsultansi berkaitan penggunaan laman sosial untuk pemasaran.

Sebelum ini, segala operasi berkaitan dengan Nuffnang, ChurpChurp, Ripplewerkz dan lain-lain dikendalikan dibawah penjenamaan NetCentric, dimana ianya mengendalikan operasi di Malaysia, Singapura, Filipina, dan juga Australia. Tetapi, segalanya di dunia digital berubah dengan pantas, dan para pengiklan dan pembangun web sentiasa mencari sesuatu yang serba baru dan sekaligus memudahkan mereka.

Kini, dengan pengenalan Nom Nom Media di Malaysia dan Singapura, ianya memudahkan para pengiklan dan pembangun web memasarkan produk mereka di dunia digital dengan mudah. Idea ini muncul oleh kerana permintaan para pengiklan yang mana sering mencari kemudahan untuk mengiklankan produk mereka pada Twitter, blog dan laman-laman sosial dengan mudah.

Dengan adanya Nom Nom Media, ianya bakal memudahkan untuk mendapatkan penjenamaan dan kempen sosial yang efektif dan dinamik dengan mudah dan murah. Selain pada masa yang sama, pihak mereka juga bakal memperkenalkan beberapa perkara baru pada laman Nuffnang tidak lama lagi.

Komen