Facebook Bakal Menyediakan Khidmat Emel?

Facebook Bakal Menyediakan Khidmat Emel?

Diterbitkan pada Feb 6, 2010 oleh .

Selepas melancarkan antaramuka yang serba baru sempena dengan ulang tahun Facebook yang ke-enam, kini beberapa ura-ura mengatakan yang mana Facebook bakal melancarkan khidmat emel berasaskan web kepada para pengguna mereka tidak lama lagi.

Ianya dikatakan yang mana, projek tersebut dikenali sebagai Projek Titan oleh para pekerja Facebook, yang mana melaluinya, mereka ingin memperkenalkan emel berasaskan web, serta juga fungsi sembang yang dipertingkatkan memandangkan fungsi sembang sedia ada pada laman Facebook tidak menarik minat para pengguna.

Ianya juga dikatakan, yang mana Facebook bakal memperkenalkan sekali fungsi POP3 dan juga IMAP, membolehkan para pengguna mengakses emel Facebook mereka secara terus melalui desktop. Menariknya, alamat emel itu kelak dikatakan akan menggunakan URL pilihan anda, sebagai contoh, sekiranya URL pilihan anda adalah Facebook.com/AmanFirdaus, maka alamat emel anda kelak akan menjadi [email protected]

Sebelum ini, MySpace pernah memperkenalkan fungsi emel pada laman mereka, dimana menggunakan alamat @myspace.com. Mungkin dengan pengenalan emel Facebook, ianya bakal menjadi antara penyedia emel terbesar, memandangkan seramai 400 juta kini menggunakan Facebook.


TIPS & ULASAN