Symbian OS Pada PC Tablet?

Symbian OS Pada PC Tablet?

Diterbitkan pada Feb 7, 2010 oleh .

Kini, banyak syarikat yang sudah mula membangunkan PC tablet, dan Chrome OS dan Android menjadi sistem operasi bagi pencinta sumber terbuka. Tetapi ianya hanya sehingga sebelum Nokia mengumumkan Symbian menjadi sumber terbuka pada minggu ini. Kini, ianya dikatakan yang mana, Symbian juga bakal boleh digunakan pada PC tablet.

Seperti sedia maklum, sebelum ini, beberapa penganalisa telah mengatakan yang mana tahun 2010 bakal menjadi tahun bagi PC tablet. Ianya dikukuhkan dengan pengenalan tablet daripada HP-Microsoft dan juga Apple iPad, selain Mimos dan CSL yang sedang membangunkan PC tablet masing-masing.

Kini, melalui suatu temuramah khas, ketua Symbian Foundation mengatakan yang mana platform Symbian bakal boleh digunakan dibeberapa gajet yang lain selain daripada telefon bimbit melalui suatu projek khas yang dinamakan Wild Ducks. Melaluinya, ianya juga dikatakan yang mana, tidak lama lagi, mungkin kita akan dapat melihat PC tablet yang menggunakan sistem operasi Symbian.


TIPS & ULASAN