Keselamatan Siber Di Malaysia Masih Terkawal

Keselamatan Siber Di Malaysia Masih Terkawal

Diterbitkan pada Feb 9, 2010 oleh .

CyberSecurity Malaysia telah pun mengumumkan yang mana serangan siber di Malaysia masih lagi dalam keadaan terkawal, kesan daripada usaha kerajaan yang mana sering memastikan keselamatan persekitaran elektronik dalam negara. Walaubagaimanapun, kes yang melibatkan serangan siber meningkat sebanyak 87%.

Peningkatan ini, sekaligus memperlihatkan kesedaran orang ramai dan para pengguna mengenai keselamatan siber. Tahun lepas sahaja, sebanyak 3,564 kes berkaitan keselamatan siber telah dilaporkan pada cyberSecurity Malaysia melalui Cyber 999. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam keadaan terkawal, hasil kerjasama CyberSecurity bersama beberapa badan, termasuk kerajaan negeri dan tempatan, selain sektor swasta.

Sebelum ini, pernah dilaporkan yang mana sebanyak 50.3 juta transaksi perbankan internet dilakukan dari Januari hingga Jun 2009, membabitkan 348.5 billion. Walaubagaimanapun, angka kerugian adalah hanya para kadar 0.0003 peratus, iaitu lebih kurang RM1 juta sahaja.


TIPS & ULASAN