Cari @ Amanz

Boleh dikatakan sudah sekian lama Google tidak melancarkan produk baru mereka. Kini, ianya dikatakan, yang mana Google bakal melancarkan suatu fungsi sosial yang serba baru esok, dimana beberapa ura-ura awal mengaitkan ianya sesuatu yang berkaitan dengan GMail dan rangkaian sosial.

Buat masa ini, info-info awal berkaitan dengan produk baru Google ini masih samar-samar. Beberapa laman melaporkan yang mana melalui produk baru ini kelak, Google bakal mengintegrasikan sekurang-kurangnya dua daripada produk mereka, dan memudahkan penggunaan media dan kemaskini status.

Ada beberapa pihak yang membuat spekulasi dimana GMail bakal memperkenalkan sebuah Stream seperti pada Twitter, sekaligus membolehkan para pengguna berkongsi gambar dan video, masing-masing melalui Picasa web dan juga YouTube. Walaubagaimanapun, ianya merupakan spekulasi awal dan masih tiada kenyataan rasmi daripada Google. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Google esok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd