Carian
P1 Memperkenalkan Netbook WiMAX
February 9, 2010 Aman

Setelah lama dinanti-nanti, akhirnya, hari ini, Packet One atau lebih dikenali sebagai P1 telah pun memperkenalkan netbook WiMax. Pada masa yang sama, P1 juga memperkenalkan modem USB yang dipanggil Shuttle, serta modem VoIP yang serba baru.


Netbook Packet One dengan WiMax [via]

Walaubagaimanapun, ramai yang tertanya-tanya mengenai netbook WiMax daripada P1 Wimax ini. Buat masa ini, masih tiada sebarang harga yang diumumkan, dan ianya dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat ini. Selain daripada itu, ianya diketahui yang mana netbook ini tidak menggunakan chipster Intel WiMax.


P1 Memperkenalkan Gajet Terbaru Mereka Kepada Media [via]

Menurut Packet One, kini, secara purata, pengguna P1 Wimax menggunakan lebih kurang sebanyak 7 GB data setiap bulan, dan mereka menjangkakan yang mana, mereka akan memperluaskan liputan rangkaian mereka ke Malaysia Timur pada tahun ini. Buat masa ini, P1 WiMax merupakan antara 4 syarikat WiMax terunggul di dunia.

Berita susulan akan dikemaskini.

Komen