Opera 10.50 Menghampiri Fasa Beta Untuk Windows

Opera 10.50 Menghampiri Fasa Beta Untuk Windows

Diterbitkan pada Feb 9, 2010 oleh .

Selepas memperkenalkan Opera 10.50 Alpha sebelum ini, kini pembangunan Opera 10.50 Beta sedang giat dijalankan. Ianya diura-urakan yang mana Opera 10.50 Beta akan menemui para pengguna pada penghujung minggu ini atau selewatnya pada minggu depan.

Opera 10.50 Windows
Antaramuka Opera 10.50

Walaubagaimanapun, bagi para pengguna Windows, anda boleh mencuba versi pembangunan Opera 10.50 Beta atau yang mana lebih dikenali sebagai pra-Beta, yang mana membawakan kemaskini kepada pelayar web Opera yang dinanti ramai ini. Melalui pra-Beta ini, beberapa pepijat telah diperbaiki, selain enjin Carakan yang mana kini memperlihatkan angka 100/100 pada ujian Acid3.

Melalui Opera 10.50 pra-Beta Build 3234, Opera kini menggunakan Plug-in Java, dan kini ianya sedia dicuba dan diuji oleh para pengguna Windows. Opera Software telah mengatakan yang mana, mereka memberi perhatian maksimum kepada pembangunan Opera 10.50 untuk para pengguna Windows terlebih dahulu, dan akan turut membangunkannya kepada Mac OS X dan Linux setelah Opera 10.50 dilepaskan kepada para pengguna Windows.


TIPS & ULASAN