Firefox 3.7 Alpha 1 Menguji Enjin Gecko 1.9.3

Firefox 3.7 Alpha 1 Menguji Enjin Gecko 1.9.3

Diterbitkan pada Feb 10, 2010 oleh .

Dengan Firefox 3.6 yang dilepaskan pada bulan Januari yang lepas, ianya memperlihatkan yang mana Mozilla sudah pun memulakan pembangunan bagi versi terbaru pelayar web popular mereka, Firefox. Terkini, melalui pelayan FTP mereka, para pengguna sudah boleh mula memuat-turun Firefox 3.7 Alpha 1.

Walaubagaimanapun, versi Firefox 3.7 Alpha 1 ini hanyalah untuk tujuan pengujian enjin Gecko 1.9.3 Alpha 1. Tiada sebarang sokongan diberikan untuknya, dan para pengguna biasa diberi amaran oleh pihak Mozilla supaya tidak mencubanya kerana ianya masih tidak stabil. Gecko 1.9.3 ini membawakan pelbagai perkara dan fungsi yang baru yang mana akan digunakan dalam pembangunan pelayar web Firefox yang akan datang.

Antara perkara baru dalam Gecko 1.9.3 adalah seperti sokongan WebGL, dan animasi pada SVG, serta sokongan transasi CSS. Firefox 3.7 Alpha 1 ini adalah bertujuan untuk menguji terlebih dahulu enjin Gecko 1.9.3 Alpha 1 ini.


TIPS & ULASAN