Fungsi SlideShow Pada Facebook Di Uji

Fungsi SlideShow Pada Facebook Di Uji

Diterbitkan pada Feb 11, 2010 oleh .

Jikalau ada Google Labs untuk Google dan TestTube untuk YouTube, Facebook pula ada Facebook Prototype. Sebelum ini, Facebook telah memperkenalkan prototaip untuk memuat-naik imej yang lebih pantas, yang mana telah pun diintegrasikan pada Facebook kini, dan kini mereka sedang menguji prototaip baru, yang mana membolehkan para pengguna melihat gambar dan imej dalam bentuk slideshow.


Kebolehan Untuk Melihat Imej Melalui SlideShow

Melalui fungsi baru ini, para pengguna boleh memilih pilihan untuk mainkan sebuah album secara automatik tanpa perlu menekan butang seterusnya atau sebelumnya. Ini, sekaligus memudahkan seseorang pengguna melihat keseluruhan album dengan lebih mudah lagi. Walaubagaimanapun, buat masa ini, masih tiada pilihan untuk membuatnya memainkan secara skrin penuh, atau tetapkan perbezaan masa dan sebagainya.

Memandangkan, kini Facebook merupakan antara laman perkongsian imej yang terbesar, fungsi ini mungkin serba sebanyak membantu dan ditunggu para pengguna. Anda boleh mengaktifkan fungsi slideshow ini atau menyah-aktifkannya dengan mudah melalui halaman rasmi prototaip berkenaan. Nampaknya, seperti yang dikatakan Zuckerberg, selepas ini, mungkin kita akan dapat melihat pelbagai perkara baru pada Facebook dari masa ke semasa.


TIPS & ULASAN