Pembangunan Windows 8 Sudah Di Mulakan

Pembangunan Windows 8 Sudah Di Mulakan

Diterbitkan pada Feb 11, 2010 oleh .

Setelah kedengaran semua berita berkenaan dengan Windows 8, kini, laman Russia, Wzor mengatakan yang mana Microsoft sudah pun mulakan pembangunan Windows 8. Sebelum ini, segala berita yang dilaporkan oleh Wzor adalah tepat, dan kini, adalah berkaitan dengan Windows 8.

Ianya kini dikatakan yang mana Microsoft sedang menguji versi pembangunan Windows 8 dengan angka pembangunan 7702.0.100126-1751, 7703.0.100127-1845, 7704.0.100128-1900 dan 7705.0.100129-1930. Melaluinya, kita boleh melihat yang mana, paling terkini, versi 7705.0.100129-1930 telah dihimpunkan pada 29 Januari 2010.

Windows 7 sebelum ini, telah pun mencapai versi 6.1.7700.0.100122-1900 yang dihimpunkan pada 22 Januari 2010. Pada masa yang sama, Microsoft juga sedang giat membangunkan Windows 7 SP1. Ianya juga dikatakan yang mana Microsoft sedang mengusahakan untuk menjadikan Windows 8 cemerlang dalam pelbagai aspek berbanding sistem operasi Windows sebelum ini.


TIPS & ULASAN