Opera 10.5 Beta Lebih Pantas Daripada Google Chrome

Opera 10.5 Beta Lebih Pantas Daripada Google Chrome

Diterbitkan pada Feb 12, 2010 oleh .

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Opera telah pun melepaskan pelayar web Opera 10.50 Beta untuk para pengguna Windows, dan menariknya, ianya kini lebih laju lagi jikalau dibandingkan dengan Google Chrome, hasil penggunaan enjin Carakan.

Opera 10.50 Pre-Alpha
Antaramuka Opera 10.5 Yang Serba Baru

Melalui enjin Carakan pada Opera 10.5 Beta ini, ianya membawakan kebolehan untuk memproses JavaScript pada kelajuan yang tinggi, selain masih membawakan fungsi-fungsi sedia ada pada pelayar web Opera, seperti Opera Turbo, Opera Unite, dan yang lain-lain lagi. Opera sendiri kini memanggil Opera 10.50 Beta sebagai pelayar web terpantas di muka Bumi.

Opera 10.50 juga diintegrasikan sepenuhnya pada Windows 7, selain membawakan fungsi-fungsi baru seperti kebolehan pelayaran web peribadi melalui tab baru, serta rekabentuk yang serba baru. Opera 10.50 Beta ini buat masa ini hanya dilepaskan untuk sistem operasi Windows, dan akan dibangunkan untuk sistem operasi lain dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN