Green Packet Menjangkakan Keuntungan Pada Tahun 2011

Green Packet Menjangkakan Keuntungan Pada Tahun 2011

Diterbitkan pada Feb 12, 2010 oleh .

Mungkin semua sudah sedia kenali Green Packet, yang mana salah satu produknya merupakan Packet One Networks atau lebih dikenali sebagai P1 WiMAX. Kini, Green Packet menjangkakan yang mana mereka akan mula menjana keuntungan mulai tahun hadapan.

Walaupun mereka menjangkakan yang mana mereka akan menjana pendapatan positif sepanjang tahun ini, ianya dikatakan mereka masih akan menghadapi kerugian, dan menjangkakan tahun 2011 sebagai tahun yang membawakan keuntungan buat mereka.

Jumlah pendapatan Green Packet meningkat hampir tiga kali ganda sepanjang tahun lepas, iaitu sebanyak RM235 juta, berbanding tahun sebelumnya hanya RM87 juta.

Pada masa yang sama, Green Packet juga menyasarkan untuk menjadi penyedia solusi dan gajet WiMAX nombor satu dunia menjelang tahun 2012. Buat masa ini, mereka berada di kedudukan ketiga dunia, dibelakang Motorola dan juga Samsung.

Jikalau dilihat daripada jumlah pengguna WiMax pula, Packet One (P1) berada di kedudukan nombor dua, dengan sebanyak 140,000 orang pengguna. Penyedia WiMax nombor satu dunia merupakan Yota daripada Russia.


TIPS & ULASAN