Office 2011 Untuk Mac Pada Hujung Tahun

Office 2011 Untuk Mac Pada Hujung Tahun

Diterbitkan pada Feb 12, 2010 oleh .

Selain daripada Microsoft Office 2010 yang bakal dilepaskan pada bulan Jun kelak bagi para pengguna Windows, Microsoft juga pada masa yang sama sedang membangunkan Office 2011 untuk pada pengguna Mac, dan dijangka dilepaskan seawal hujung tahun ini.


Office 2011 Pada Mac OS X [via]

Sama seperti pada Windows, Office 2010 untuk Mac akan membawakan antaramuka ribbon, serta kebolehan untuk para pengguna bekerjasama antara satu sama lain, melalui sokongan aplikasi web. Para pengguna Windows dan Mac boleh bekerjasama melalui masa-nyata dengan mudah pada masa yang sama.

Selain daripada itu, Microsoft juga menjanjikan untuk memperkenalkan Outlook untuk Mac melalui Office 2011 ini, yang mana bakal membawakan segala fungsi Outlook, termasuk sokongan mengimport fail *pst, dan lain-lain lagi.


TIPS & ULASAN