Lelong.my Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru

Lelong.my Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada Feb 13, 2010 oleh .

Setelah dimulakan pada tahun 1998, kini Lelong sudah beroperasi selama lebih kurang 11 tahun. Dan menariknya, untuk tahun ini, Lelong bakal memperkenalkan antaramuka yang serba baru bagi laman web mereka yang popular itu.


Navigasi Baru Pada Lelong.my

Selain dengan antaramuka yang baru, Lelong juga akan dijenamakan semula daripada Lelong.com.my kepada Lelong.my, dan bakal memperkenalkan logo mereka yang baru. Selain daripada itu, beberapa fungsi baru dan kemudahan navigasi juga akan diintegrasikan pada antaramuka dan rekabentuk baru Lelong.my ini kelak.

Buat masa ini, mereka telah memperlihatkan salah satu rekabentuk konsep awal, dimana banyak lagi pengubahan akan dilakukan dari masa ke semasa oleh mereka berdasarkan daripada maklumbalas para pengguna.

Nampaknya, setelah sekian lama, Lelong.com.my mula memberikan perhatian kepada antaramuka mereka, yang mana sebelum ini, ramai yang mengatakannya agak serabut dan ketinggalan. Sama-sama kita ikuti perkembangan Lelong.my.


Antaramuka Baru Lelong.my


TIPS & ULASAN