WordPress 3.0 Bakal Membawakan Revolusi

WordPress 3.0 Bakal Membawakan Revolusi

Diterbitkan pada Feb 13, 2010 oleh .

Mungkin buat masa ini, para peminat WordPress sudah sedia ketahui yang mana WordPress 3.0 bakal diintegrasikan bersama-sama dengan WordPress MU, membolehkan anda menguruskan lebih daripada satu blog melalui panel pengurusan yang sama. Selain daripada itu, WordPress 3.0 juga bakal membawakan beberapa fungsi lain yang serba baru.


Halaman Tetapan Blog Pada Rangkaian Sedia Ada di WordPress 3.0 [via]

Melalui pengintegrasian WordPress MU ini, fungsi tersebut dipanggil Multisite, dimana anda boleh menambah blog baru pada rangkaian anda yang sedia anda secara terus daripada panel pengurusan. Anda juga boleh menetapkan samaada anda inginkan blog baru anda pada subdomain ataupun pada subfolder sahaja. Dengannya, ianya akan berkongsi fail-fail asas WordPress yang sedia ada, dan anda tidak lagi perlu risau untuk memuat-naik dan sebagainya.

Selain daripada itu, WordPress 3.0 juga bakal menyokong tema yang dikhaskan kepada seseorang penulis, yang mana anda boleh menetapkan tema yang berlainan bagi para penulis yang berlainan. Ianya juga bakal menjadikan dan memperlihatkan blog anda lebih professional lagi.

WordPress 3.0 juga turut membawakan tambahan fungsi baru, iaitu kebolehan mengubah latar belakang blog secara terus daripada Dashboard. Melaluinya, anda hanya perlu memuat-naik fail imej latar belakang, dan seterusnya, ianya akan mengantikan latar belakang blog WordPress anda dengan mudah.

Buat masa ini, WordPress 3.0 masih diperingkat pembangunan, dan ianya dijangka, pelbagai lagi fungsi baru akan diintegrasikan dan diperkenalkan pada WordPress. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

Tips daripada Roslan Nazri. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus


TIPS & ULASAN