AsiaSpace Bakal Memperkenalkan AMax City

AsiaSpace Bakal Memperkenalkan AMax City

Diterbitkan pada Feb 13, 2010 oleh .

Dunia WiMAX Malaysia semakin berwarna-warni dengan pelbagai perkara baru daripada penyedia WiMAX tempatan. Selepas Packet One memperkenalkan netbook WiMAX mereka, kini, AsiaSpace yang menyediakan servis AMax WiMAX ingin memperkenalkan AMax City.

Ianya dijangka mereka akan memperkenalkan AMax City ini pada 16 Feburari kelak, selain dikatakan bakal menandatangani perjanjian bersama MIMOS dan Technology Park Malaysia pada 23 Februari. Melalui AMax City ini kelak, AsiaSpace bakal memperkenalkan Bandar Wireless Pertama di Malaysia.

Buat masa ini, AMax WiMAX hanya diliputi dibeberapa kawasan di sekitar Lembah Kelang, termasuk Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Bukit Jalil, Cheras, Ampang, Gombak, Sentul, Kepong, Selayang, Shah Alam, Klang, Bangi dan juga Rawang.


TIPS & ULASAN