Beberapa laporan kini memperlihatkan yang mana Apple bakal melepaskan Mac OS X 10.6.3 seawal hari ini kepada para pengguna. Para pengguna Mac OS X boleh mengemaskini sistem operasi mereka secara automatik melalui aplikasi yang disertakan padanya dengan mudah.
Sebelum ini, AppleInsider melaporkan yang mana pada Jumaat yang lalu, para pembangun sudah pun dijamukan dengan satu lagi versi pembangunan Mac OS X 10.6.3 yang mana membawakan perubahan yang amat sedikit berbanding versi pembangunan dua minggu yang lalu, iaitu hanya masalah sahaja yang ditemui, yang mana berkait dengan permasalahan melihat gambar melalui Front Row.
Selain daripada itu, sebelum ini, pada bulan Januari, ianya dikatakan yang mana Mac OS X 10.6.3 akan dilepaskan kepada para pengguna dalam tempoh tiga minggu lagi, dan ianya memberikan petunjuk yang mana Mac OS X 10.6.3 akan dilepaskan hari ini, atau selewat-lewatnya dalam masa minggu ini.