Google Buzz yang mana diintegrasikan pada GMail sememangnya menimbulkan persoalan berkenaan dengan privasi seseorang, dan ini telah mengakibatkan Google mengambil tindakan drastik dengan menutup fungsi auto-follow pada Google Buzz, dan mengantikannya dengan auto-suggest.
Sebelum ini, Google Buzz pada GMail menggunakan fungsi auto-follow, dimana ianya membuatkan para pengguna secara automatik mengikuti dan diikuti para pengguna yang biasa mereka emel, menjadikan data-data peribadi mereka diikuti oleh mereka-mereka yang tidak disenangi. Menyedari masalah tersebut yang melanda para pengguna, Google mengambil langkah awal dengan menukarkannya menjadi auto-suggest, dimana para pengguna diberikan pilihan untuk mengikuti seseorang itu.
Selain itu, sebelum ini, akaun Picasa dan Google Reader juga disambungkan kepada akaun Google Buzz secara automatik. Kini, fungsi tersebut juga telah ditutup oleh Google. Walaubagaimanapun, langkah Google bertindak pantas untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan privasi ini mungkin dapat menyelamatkan sebilangan besar pengguna yang masih belum menutup akaun Google Buzz mereka.