Kerjasama Microsoft-Yahoo! Bakal Mendapat Perkenan EU?

Kerjasama Microsoft-Yahoo! Bakal Mendapat Perkenan EU?

Diterbitkan pada Feb 15, 2010 oleh .

Setelah sekian lama ditangguhkan keputusan berkaitan dengan kerjasama antara Microsoft dan Yahoo, kini EU telah menetapkan tarikh 19 Februari 2010 sebagai tarkih akhir untuk menentukan keputusan berkaitan dengannya.

Sebelum ini, ianya ditangguhkan sehingga tiada sebarang tarikh pasti, apabila kedua-dua gergasi internet memberitahu hajat untuk bekerjasama dalam menggunakan enjin carian Bing pada laman Yahoo!. Melalui kerjasama tersebut, Microsoft dan Yahoo! mengikat perjanjian selama 10 tahun, dimana enjin carian pada Yahoo! akan dikendalikan oleh Microsoft, manakala Yahoo! bakal mendapat kuasa untuk menguruskan pengiklanan padanya.

Yahoo - Bing
Yahoo! Bakal Menggunakan Enjin Carian Bing?

Buat masa ini, Google memegang pasaran enjin carian sebanyak 65%, menjadikan Yahoo! dan Microsoft bekerjasama dalam memenangi hati pengguna untuk menggunakan enjin carian mereka. Walaupun ianya diketahui mereka akan bekerjasama, Yahoo! tetap pada masa yang sama membangunkan enjin carian mereka dari masa ke semasa.


TIPS & ULASAN