Carian
Google Menguji Topik Hangat Pada Google News
February 16, 2010 Aman

Selepas pelancaran Google Buzz yang mana lebih kurang seperti Twitter dan juga Facebook, kini Google sedang dalam usaha merekabentuk semula Google News. Menariknya, ianya bakal diintergrasikan dengan fungsi Top Stories, seumpama dengan fungsi Trending Topics pada Twitter.


Antaramuka Dan Kedudukan Fungsi Baru [via]

Melalui fungsi Top Stories, para pengguna dapat ketahui berita yang popular dan menjadi carian para pengguna sepanjang hari. Untuk melihatnya, para pengguna perlulah log masuk ke akaun Google terlebih dahulu. Selain daripada itu, rekabentuk baru ini juga menyertakan kebolehan untuk mengubah-suai Google News mengikut lokasi mahupun kategori dengan mudah.

Walaubagaimanapun, ini hanyalah merupakan beberapa perkara awal yang bakal diperkenalkan dalam rekabentuk baru Google News kelak. Google masih sedang dalam eksperimen dan masih menguji rekabentuk baru ini, dan mungkin lebih banyak perkara baru akan diintegrasikan bersama padanya.

Komen