Google Menderma $2 Juta Pada WikiMedia

Google Menderma $2 Juta Pada WikiMedia

Diterbitkan pada Feb 17, 2010 oleh .

Melalui suatu tweet yang dilakukan oleh pemilik WikiPedia, Jimmy Wales, ianya didapati yang mana Google telah pun mendermakan sebanyak $2 juta pada WikiMedia Foundation. Walaubagaimanapun, kenyataan rasmi oleh pihak WikiMedia bakal dikeluarkan esok.

Umum mungkin sedia maklum yang mana WikiPedia merupakan antara web yang popular di internet, dimana ianya menjadi rujukan kesemua pihak, selain menjadi ensiklopedia dalam talian yang amat berguna. Google sebelum ini pernah cuba untuk melakukan perkara sama, dengan memperkenalkan Google Knol, namun ianya tidak begitu berjaya seperti WikiPedia.

Selain daripada WikiPedia, WikiMedia juga turut mempunyai beberapa projek lain, seperti Wiktionary, WikiSource, WikiQuote, WikiBooks dan banyak lagi. Awal tahun ini, ianya dikatakan WikiMedia telah pun mendapatkan kutipan sebanyak lebih kurang $8 juta daripada penggunanya, dan ianya tidak dipastikan samaada $2 juta daripada Google ini dikira bersama atau pun tidak. Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi daripada pihak WikiMedia esok. Mungkin ada sesuatu yang menarik menanti kita.


TIPS & ULASAN