Tumblr Memperkenalkan Fungsi Komen

Tumblr Memperkenalkan Fungsi Komen

Diterbitkan pada Feb 17, 2010 oleh .

Pengguna Tumblr di Malaysia boleh dikatakan sedang berkembang buat masa ini. Namun begitu, ianya merupakan suatu platform menarik untuk menulis dan berkongsi perkara. Menariknya, hari ini, Tumblr telah pun memperkenalkan fungsi komen pada platform mereka.


Fungsi Komen Pada Tumblr [via]

Buat masa ini, fungsi tersebut masih lagi diperingkat Beta, dimana ianya membolehkan para pengikut Tumblr meninggalkan komen pada artikel anda. Pada masa yang sama, pihak Tumblr juga turut mengatakan yang mana, lebih banyak fungsi menarik dan kemaskini pada platform itu sedang dibangunkan buat masa sekarang ini.

Terlebih dahulu, anda perlu mengaktifkan fungsi komen melalui Dashboard Tumblr anda. Namun begitu, suatu yang amat mengecewakan adalah kerana hanya pengguna yang mengikuti anda di Tumblr sahaja yang boleh meninggalkan komen, dan sekiranya mereka tidak, maka tidak boleh meninggalkan komen secara anonymous.


TIPS & ULASAN