Internet Explorer 9 Pada MIX 10

Internet Explorer 9 Pada MIX 10

Diterbitkan pada Feb 17, 2010 oleh .

Internet Explorer merupakan pelayar web terpopular di dunia, dan menariknya Internet Explorer 9 telah pun diperkenalkan kepada umum pada PDC yang lalu. Menariknya, pada MIX 10 kelak, Microsoft mungkin akan membolehkan para pengguna mencuba sendiri Internet Explorer 9.

Walaubagaimanapun, ianya kurang pasti, kerana melalui suatu artikel khas, Microsoft menulis Internet Explorer 9 Pada MIX 10. Berkemungkinan besar, mungkin versi pembangunan akan diberikan untuk para pengguna mencubanya. Pada masa yang sama, lebih banyak maklumat berkaitan dengan Internet Explorer 9 akan diperkatakan pada MIX 10 kelak.

MIX 10 kelak akan diadakan pada 15 hingga 17 Mac 2010 di Las Vegas seperti pada tahun-tahun yang lalu. Pada MIX 10 kali ini, sudah tentunya Internet Explorer 9 bakal menjadi antara topik terhangat selain daripada Silverlight, Windows Phone 7 dan juga Winodws Azure. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN