Selain daripada Yahoo! yang ingin menjadi hub laman sosial, Microsoft juga ingin berbuat perkara sama melalui aplikasi Outlook 2010, dimana melalui aplikasi desktop tersebut, Microsoft ingin menjadikannya perantaraan antara laman sosial seperti LinkedIN, Facebook dan juga MySpace.
Untuk menjadikannya suatu kenyataan, Microsoft telah pun mengumumkan kerjasama bersama LinkedIn, Facebook, dan juga MySpace, membolehkan para pengguna mengikuti kemaskini laman tersebut melalui aplikasi desktop Outlook 2010. Outlook 2010 kelak ingin menjadi hab komunikasi dan perhubungan, membolehkan anda membuat lebih daripada hanya menerima dan menghantar emel sahaja.
Outlook 2010 akan disertakan sekali bersama-sama dengan Office 2010, yang mana ianya dijangka akan dilepaskan kepada umum pada bulan Jun kelak. Melaluinya kelak, para pengguna dapat melihat aktiviti rakan-rakan mereka, termasuk gambar dan kemaskini status. Untuk mengaktifkannya, para pengguna terlebih dahulu perlu memuat-turun Office 2010 dan juga seterusnya Outlook Social Connector.