BlackBerry Memperlihatkan Pelayar Web Berasaskan WebKit

BlackBerry Memperlihatkan Pelayar Web Berasaskan WebKit

Diterbitkan pada Feb 17, 2010 oleh .

Antara pelayar web mudah-alih yang popular adalah sudah tentunya Opera Mobile, selain Firefox for Mobile yang kian meningkat naik namanya. Seain daripada itu, kini, BlackBerry turut memperlihatkan pelayar web mereka yang tersendiri yang mana dibangunkan dengan kod sumber WebKit.

Projek pelayar web ini adalah hasil daripada pembelian Torch Mobile oleh Research In Motion (RIM), syarikat dibelakang BlackBerry pada tahun lepas. Kini, mereka mula memperlihatkan hasil pembelian mereka, melalui pelayar web berasaskan WebKit untuk telefon BlackBerry.

Buat masa ini, masih tidak diketahui bilakah ianya akan dilepaskan kepada umum, namun begitu, prestasi pelayar web tersebut kelihatan amat menarik sekali. Kebolehan untuk zoom dan scrool kelihatan amat menarik, selain ianya turut mendapat markah penuh pada ujian Acid3 sama seperti yang diperoleh Opera sebelum ini.

Kredit : Engadget


TIPS & ULASAN