Cari @ Amanz

Google Calendar mungkin tidak begitu popular, namun begitu, ianya tetap mendapat perhatian daripada pihak Google. Kini, laman TechCrunch memperlihatkan beberapa antaramuka baru Google Calendar yang mana dikatakan akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Daripada antaramuka yang diperlihatkan, perubahan yang tampak adalah amat minimum, namun begitu, antaramuka yang baru ini nampak lebih moden dan menarik, selain lebih menyerupai aplikasi web Google yang lain.


Antaramuka Google Calendar Yang Baru [via]

Sebelum ini, kita turut mendengar yang mana Google Apps bakal memperkenalkan antaramuka baru, yang mana lebih menyerupai antaramuka Google Wave, namun masih tiada sebarang perkembangan sehingga kini. Mungkin kerana ramai mengatakan yang Google Wave berat dan sebagainya, membuatkan Google masih was-was untuk memperkenalkan antaramuka menyerupai Wave untuk semua aplikasi web mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd