Mungkin ramai yang sudah sedia ketahui yang mana Microsoft telah pun memperkenalkan sistem operasi mudah-alih mereka yang terbaru, yang mana dipanggil sebagai Windows Phone 7, yang mana didatangkan dengan fungsi XBox Live dan juga Zune Music.
Melalui Windows Phone 7 Series, susun atur menunya atau yang dipanggil hab diatur berdasarkan 6 perkara, iaitu People, Pictures, Games, Music + Video, Marketplace dan juga Office. Amat mendukacitakan, kerana sehingga kini, masih tiada sebarang berita mengatakan Windows Phone 7 bakal menyokong Flash.
Menurut Microsoft, telefon bimbit pertama yang menggunakan Windows Phone 7 Series bakal berada di pasaran sebelum penghujung tahun ini. Antara pembuat telefon bimbit yang bakal menggunakan sistem operasi dari Microsoft ini adalah Dell, Garmin-ASUS, HTC, LG, Samsung, Sony Ericsson, HP dan banyak lagi.