Kerjasama Yahoo!-Microsoft Mendapat Perkenan EU dan US

Kerjasama Yahoo!-Microsoft Mendapat Perkenan EU dan US

Diterbitkan pada Feb 19, 2010 oleh .

Seperti yang dinantikan, kini, pihak European Commission dan juga US telah pun memperkenankan kerjasama Microsoft dan Yahoo! membolehkan kedua-dua gergasi internet ini bekerjasama dalam bidang enjin carian dan juga pengiklanan dalam talian secara bersama selama 10 tahun.

Ianya dijangka, Yahoo! akan mula menggunakan enjin carian daripada Microsoft dalam beberapa hari akan datang, sekaligus bersaing dengan Google yang mana merupakan pemegang pasaran enjin carian terbesar didunia. Melalui artikel ringkas, Yahoo! memberitahu yang mana perkara yang bakal berubah adalah keputusan carian asas dan juga pengiklanan yang mana akan disediakan oleh Microsoft.

Walaubagaimanapun, Yahoo! tetap akan menambah baik keputusan carian tersebut dengan menambah beberapa perkara pada carian tersebut, termasuk menyediakan informasi berkaitan daripada laman-laman Yahoo! yang lain, termasuk menyediakan beberapa aplikasi asas seperti Search Pad untuk memudahkan para pengguna.

Pada masa yang sama, Yahoo! pada masa yang sama, masih akan menambah baik platform carian, dengan memudahkan para pengguna mencari sesuatu dengan lebih pantas, melalui Search Assisst, selain bakal memperkenalkan lebih banyak aplikasi untuk memudahkan para pengguna membuat carian.

Microsoft dan Yahoo! juga telah melancarkan laman SearchAlliance.com dimana mereka akan menyediakan kemaskini dan maklumat lebih lanjut berkenaan dengan kerjasama ini.


TIPS & ULASAN