Undi Konsep Rekabentuk Firefox 4.0 Kegemaran Anda

Undi Konsep Rekabentuk Firefox 4.0 Kegemaran Anda

Diterbitkan pada Feb 19, 2010 oleh .

Seperti yang diketahui sebelum ini, Mozilla telah pun melancarkan pertandingan untuk mereka-bentuk halaman tab utama untuk Firefox 4.0, dan kini, ianya sudah pun mencapai tarikh tutup, dan para pengguna diberi pilihan untuk membuat undian untuk memilih rekabentuk dan konsep yang mereka berkenan.

Daripada pertandingan yang diadakan oleh Mozilla itu, ianya mendapat sebanyak 47 penyertaan. Oleh kerana Mozilla lebih bersifat kepada komuniti, kini para pengguna Mozilla diberi peluang untuk melakukan undian untuk memilih konsep rekabentuk yang mereka berkenan yang mana akan diimplementasikan pada Firefox 4.0 kelak.

Firefox 4.0 kelak dijangka akan dilepaskan pada penghujung tahun ini, yang mana bakal membawakan pelbagai fungsi baru, beserta dengan antaramuka baru. Paling terkini, pihak Mozilla telah pun mengeluarkan Firefox 3.6 versi stabil, selain versi pembangunan Firefox 3.7 yang mana menguji enjin Gecko terkini mereka.


TIPS & ULASAN