Pengurus Sampah Untuk WordPress

Pengurus Sampah Untuk WordPress

Diterbitkan pada Feb 19, 2010 oleh .

Pertama sekali, sudah lama saya tidak menulis artikel-artikel di sini kerana sibuk dengan pelbagai kerja yang lain dan hari ini saya akan berkongsi tips dengan anda semua berkaitan dengan WordPress versi yang terbaru.

Seperti yang sedia maklum oleh semua orang, versi WordPress yang baru kini membawa fungsi ‘Trash’ yang bertindak sebagai tong sampah. Kadang kala, tong sampah ini menjadi satu keperluan kepada manusia yang mengguna pakai platform WordPress sekiranya mereka terpadam post atau komen yang penting dan bernilai tinggi.

Namun, kadang kala menjadi masalah kerana untuk memastikan post atau komen yang dipadam tersebut terus hilang dari pandangan, pengguna WordPress ini perlu melakukan pemadaman dua kali yang sia-sia dan membazirkan masa kecuali jika anda memiliki satu plugin yang diberi nama “Trash Manager”.

Jika anda memasang plugin ini pada WordPress anda, denga mudah dan senang anda dapat memadam post atau komen yang tidak diperlukan secara kekal. Dapatkan plugin ini sekarang dan pasangkannya pada WordPress anda.

Nukilan Frantz.


TIPS & ULASAN