Facebook Membeli Syarikat Malaysia – Octazen

Facebook Membeli Syarikat Malaysia – Octazen

Diterbitkan pada Feb 20, 2010 oleh .

Facebook hari ini telah pun membeli sebuah syarikat Malaysia, iaitu Octazen Solutions, yang mana menyediakan kemudahan untuk mengimport senarai hubungan dengan mudah, yang mana selalunya digunakan pada laman sosial untuk menjemput rakan-rakan melalui emel.

Ianya dikatakan, Facebook membeli Octazen adalah bertujuan untuk memiliki kebolehan dua orang pembangunnya, yang mana kini sudah pun menyertai Facebook sebagai pekerja di Facebook. Octazen sebelum ini membolehkan para pengguna menjemput rakan-rakan mereka untuk turut menyertai sesuatu servis itu dengan hanya mengisikan nama pengguna dan juga kata laluan, dan seterusnya menghantarkan emel jemputan kepada mereka dengan mudah.

Laman sosial sering menggunakan fungsi ini untuk memperbanyakkan pengguna mereka, selain memudahkan pengguna sedia ada menemui rakan-rakan mereka dengan mudah. Namun begitu, ianya masih tidak diketahui apakah yang bakal disumbangkan oleh dua orang ini kepada Facebook, memandangkan fungsi tersebut sudah pun sedia terdapat pada Facebook.

Ianya masih tidak diketahui berapakah nilai yang dibayar oleh Facebook untuk memiliki Octazen. Pada masa yang sama, Octazen juga mengumumkan penutupan servis mereka, yang mana mereka tidak lagi akan menerima sebarang kontrak baru. Info lanjut di halaman rasmi Octazen.


TIPS & ULASAN