Cari @ Amanz

Selain daripada AMax City yang bakal dilancarkan dalam masa tiga hari lagi, AsiaSpace juga bakal membolehkan para pengguna menonton TV digital secara terus melalui telefon bimbit mereka menjelang akhir tahun ini melalui AmaxAV.

Melalui AmaxAV kelak, para pengguna boleh menikmati kandungan digital seperti sukan, berita, kartoon, radio dan sebagainya secara terus pada telefon bimbit mereka dengan adanya aplikasi yang diperlukan. Servis seumpamanya sudah pun banyak digunakan di negara timur, seperti Korea, dan dengan adanya servis seumpamanya di Malaysia, ianya bakal membolehkan para pengguna menikmati program kegemaran mereka dimana jua mereka berada.

AMaxAV dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini, dengan kadar serendah RM30.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd