Cari @ Amanz

Sebelum ini, Google giat membangunkan aplikasi Gears milik mereka yang membolehkan kita mengakses aplikasi web secara luar talian, dan Gears kemudiannya mula digunakan oleh banyak organisasi termasuk pada WordPress. Walaubagaimanapun, kini nampaknya sudah tiba titik noktah untuk Gears.

Setelah sekian lama tidak dikemaskini, kini Google memperkatakan yang mana kini mereka mula menyokong fungsi-fungsi Gears pada pelayar web Chrome dengan menggunakan HTML5 serta beberapa web standard yang giat dibangunkan pada masa kini. Walaubagaimanapun, para pengguna Gears masih boleh menggunakannya seperti biasa, namun sokongan terhadapnya telah pun di kurangkan. Pada masa yang sama, Chrome sudah pun mula mengintegrasikan beberapa API Gears padanya, termasuk fungsi geolokasi serta beberapa perkara yang lain.

Sebelum ini, Gears diintegrasikan pada aplikasi web tawaran Google, dengan membolehkan para pengguna mengaksesnya secara luar talian, selain turut diintegrasikan pada WordPress. Bagi pengguna WordPress, anda boleh menggunakan fungsi Gears ini melalui pautan Turbo pada Dashboard WordPress anda. Ianya masih tidak diketahui bagaimanakah WordPress akan beralih atau terus menggunakan Gears, ataupun membangunkan suatu perkara baru yang seumpama Gears kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd